Skip to main content

diploma TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN UiTM

Hai lagiii.
last post, saya ada mention saya ambik couse teknologi makmal perubatan kan. ni nak share sikit, course ni course apa. semoga terhibur :p dan ini adalah perkongsian untul MLT uitm tau.. universiti lain mungkin sama atau kalau lain, lain sikit jela. 

MLT = Medical Laboratory Technology.
Oke,bagi ringkasan pon tak paham, bagi perkataan sebijik2 pon tak paham. Even direct translate pon macam samar-samar lagi kan. Biasa la tu, akak pun cenggitu dulu. Dulu baca bebanyak kali kat blog2 orang pon still xpaham, cuti SPM lama sangat kot, otak tak function. hihihi.

So basically MLT ni course yang berkait dengan makmal , perubatan , teknologi. Maksudnya awak akan guna teknologi2 yang canggih manggih dalam makmal untuk kaji bahagian dari manusia yang tengah malalui proses perubatan. Oke,ayat macam keling,tapi akak dah cuba sedaya upaya dah tu nak explain maksud, huhuh..

Soalan-soalan lazim ;

Q : nanti kerja kat mana ?
A : kerja dalam makmal kilinikal samaada dekat hospital kerajaan atau swasta. Tak suka hospital? Ish, mengada awak ni. xpe2, MLT ni ada je kerja dekat klinik swasta, makmal penyelidikan, makmal perubatan swasta, nak kerja kat syarikat pon boleh. Syarikat pembekal komersial. Heh.

Q : kerja ni buat apa ?
A : basically, kerjanya berkaitan dengan perkhidmatan makmal untuk pengdiagnosan, kawal penyakit, run test untuk sample yang bermacam2 jenis, analysis, buat BANYAK kajian.

Q : boring gila kerja. Itu je ke?
A : aipppp, boring awak cakap??? Panggg satgi kang. Kerja makmal nip on ada oncall tau. Dekat hospital ni ada banyak lab. Lab cytology, haematology, histology, microbiology, transfusion, parasitology, immunology etc. sebab penyakit manusia bukan sejenis aje, and takbolehla nak la nak campur adukkan penyakit bebanyak tu dalam satu bilik. Untuk tisu manusia, MLT Cuma boleh prepare slide je kalau xsilap, tapi kalau blood, MLT la yang akan prepare, observe, and keluarkan result. Depend la,and most lab sekarang dah gunakan teknologi, jadi rasa nya tukas MLT ni to make sure the machine running well, the specimen in a good condition and pilih which specimen yang oke and tak untuk proceed the experiment.

Q : untuk degree boleh sambung apa je ?
A : kalau tak silap, kos ni adalah kos yang boleh dikatakan terbaik untuk awak sambung medic nanti waktu degree. Sebabnya mungkin, doctor yang memang ambik pure sc/medic dari awal dia taktau procedure dekat lab but u as a MLT student, tau sangat aih selok belok lab ni. Jadi sesiapa yang nak ambik medic nanti, boleh sangat tapi cgpa haruslah mantoppp tiada tandingan oke. Oke kita kasi formal sikit. Antara course yang kita boleh sambung ; Teknologi Makmal Perubatan, Bioperubatan, Biokimia, Mikrobiologi, Perubatan. Dan dan dan,,,,,,,,tempat untuk sambung degree sangatlah limited. Adala dlam 20 orang je dia nak untuk lepasan diploma masuk degree. Maka, pointer amatlah penting sebab, yang terima permohonan upu ni, SYSTEM bukan MANUSIA. So dia memang boleh nilai kita based on pointer aje.

Q : susah tak subjek dalam course MLT ni?
A : my personal opinion, tak senang. Dia ala2 dah almost layak jadi doctor pon ada dia punya silibus, hehe tapi takdela seheavy medic punya course tau. Rilek2 je. seronok la course ni. Tak boring, tak hambar. Dan yang PENTING, course ni sangatla banyak praktikal. Maksdnya korang xde la duk belajar teori, nganga je dengar lecture. Mostly memang akan masuk lab, enhance skill. Highly recommended jugak. Alaaaaa, nak Berjaya mana ada senang. MLT sangat la berkait dengan science, science kan complex, jadi xde senang tapi takla susah gila sampai xleh hadap. nak je share course outline, tapi takberani sebab lupa nak baca privacy statementnye. Maaf ye. Apa yang bestnya bila belajar kat u ni, awak akan belajar apa yang awak akan buat nanti.

Q : best tak course ni.
A : best sangat. Actually ini atas orang tau. Akak jenis yang takreti nak bergaul sangat, taksuka ramai2, tak suka benda yang kena banyak cakap, suka buat kerja sorang2 xbising,, then this is so ‘perfect’ la kot for me. For those yang ‘investigative’, sesuai je. Orang yang banyak cakap pon boleh je ambik ni, asalkan dia minat, ada passion. Macam previous post, akak cakap akak nak sangat jadi doctor dulu kan, tapi xyakin, so course ni sangat2 mengubat kekecewaan tu. Ceh. So far, course ni best. Xde pon berpeluh ke apa, xde pon kena buat essay panjang berjela orang kena pergi tengah2 panas. So far, so good, and im in love with this.


Oke, setakat ni jelah, sebarang soalan, feel free untuk tanya kat ruangan komen atau email. insyaAllah, sooner or later, saya balas, saya bukan retis sangat pon yang sampai xterlayan. Oke babai.

Comments

  1. Bestnya , hmm tapi spm dapat 4A je ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je try mintak sebenarnya, iA kalau ada rezeki, boleh je dapat ;)
      sorry lambat reply, acc problem T_T

      Delete
    2. Helo kak!nak tanya kalau student yg rabun kan diorang terima tak utk course ni?

      Delete
    3. Assalamualikum sis.Saya budak lepasan spm yang ambil pure science masa kt skolah dulu n now bio ,kimia n also mm saya dpt kepujian cuma saya dpt 4A je .Bolehke dpt course ni?

      Delete
    4. saya dapat 3A je dapat dapat tawaran course ni just try je manatau rexeki

      Delete
  2. kak , sy x amik bio .
    boleh ke smbung kos ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try mintak. sbab akak ada kawan yang dia xambik bio tpi dapat course ni. course ni memang berkaitan bio mostly, tapi bolehje rasanya nak catch up ;)

      acc problem, sorry tau reply lambat.

      Delete
    2. Hi saya salah sorang yg xde basic bio waktu spm dan skrg belajar diploma mlt. Boleh sambung mlt tapi everything based on diri sendiri la. Bagi saya, utk yg xde basic bio, dia kena struggle sikit berbanding yg dah ada basic bio tu. Means kena usaha lebih keras la utk faham dan menguasai bio. Mlt ni majoriti semua bio. Alhamdulillah saya berjaya lepasi cabaran tu. Sekarang saya dah sem 3 pun. Smua tu tak mustahil kalau kita betul2 usaha dan ingin belajar, inshaAllah

      Delete
    3. hai,idk if u still can read this but alhamdulillah if u can read&reply, time pkp ni stillboleh masuk lab ke? sebab saya srsly nak masuk lab if belajar mlt. thankyou!

      Delete
    4. akak , kalau bi c+ dapat ke masuk? spm 1A ja tapi bio chem fiz kredit

      Delete
  3. Tumpang tanya, klu xbuat pmriksaan hepatitis, hiv, n rabun tu sblm daftar blh ke? Sbb saya seminggu sbln dftr br dpt twrn n doktor kt klinik ckp pmriksaan tu lama nk dpt. 24/5 ni sy dh kne dftr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tapi masa pendaftaran nanti susah la sikit. tapi ujian hepatitis tu xpe lambat sebab biasa lecturer bagi masa untuk settle kan. test2 ni, kalau buat kat klinik swasta, taksampai sehari pon boleh settle but kalau klinik kerajaan, at least seminggu jugak result baru keluar. btw, welcome to uitm ;)

      acc problem, sorry tau reply lambat.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Akak kalau takde basic pure sc boleh tak amik coarse ni ? Sbb saya ade dpt tawaran drpd Unisel . Coarse ni hm

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah dapat tawaran n minat, boleh je ambik. tapi heavy sikit la kot sebab course ni memang kita akan belajar bio physic chemist in general dalam satu topik, sikit je, xbnyak pon. tapi kalau cepat pickup, xde masalah.

      acc problem, sorry tau reply lambat.

      Delete
  6. saya pelajar matrik pure sains modul 1..boleh ke nak sambung degree course ni..sbb macam minat course ni dari dulu lgi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak silap, student matrik modul 1 boleh pilih aliran medical kan? taksure sangat sistem matrik ni, but kalau taksilap lepasan matrik, must get at least 2.75 untuk sambung degree mlt in uitm. but rasanya makin tinggi pointer lagi senang la kot nak masuk sebab sekarang semorang cam geniuss yang amat je, huuhu

      Delete
  7. hii! nak tanya, awak pun baru habis spm ke? maksud i calon spm 2015.

    ReplyDelete
  8. Okayh tak kos ni erm. Sye nak mohon kos ni tpi sye tak amek bio fizik. Bole dpt ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau awk minat bidang2 sains perubatan, ok je. boleh dapat ke tak tu sy tak sure, try apply dulu. kawan sy xamek bio jugak dulu, tp alhamdulillah dapat, siap dekan lg tiap sem ;) cuba dulu tau

      Delete
  9. Sye ade dapat course ni untk smbung degree dkat uitm. Peluang pekerjaan dye meluas tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak sure sngat pasal peluang pekerjaan. sorry. meluas ke tak tu, saya rasa tak terlalu meluas kot sebab dia more too lab2 perubatan. dekat malaysia lab medical limited sikit kan.

      Delete
  10. Dengar cerita course ni susah dapat kerja. Kena ada master baru sng sikit. Betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, saya pun dengar macam tu and lecturer mlt pon akui menda tu. hospital lebih prefer untuk ambik lepasan diploma. kos ni kan more too skills, skills kan boleh develop, so diploma pon ckup. but for those yang masih mampu, teruskan la sampai master, phD..

      Delete
    2. @Bolehsaya Bantu Maksudnya,bljr sampai dip je pon masih diambil kerjakah?

      Delete
    3. Ya boleh dengan gaji yang memuaskan jugak. Betulla hospital lebih prefer lepasan diploma sebab lebih mementingkan skills. But kalau apply dengan master/phd, dah boleh apply jawatan lg tggi dari mlt.

      Delete
    4. Tapi tak silap saya, lect saya cakap, bila makin tggi tahap pelajaran, makin tinggi gajinya. Jadi lepasan dip lagi famous sebab gaji yang ditawarkan tak terlalu tggi macam master/phd. Skrg zaman ekonomi tak stabil jd susah sikit nk bayar gaji pd lepasan master/phd. Mereka lebih prefer lepasan diploma. Maaf kalau silap.

      Delete
  11. Assalam akak... Sya ade beberapa soalan nak tanya akak nie
    1)Kawan sya ade ambik kos nie di ipts...... Tapi dia nak ambik Medical degree (MD) di ipta... Boleh ke ???
    2) boleh ke dia kerja ngan kementerian Kesihatan Malaysia atau kerja ngan hospital kerajaan????....
    3)senang ke susah nak dapat kerja klau memilih kos nie????

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) Nak ambik MD pointer mestila kebaboom kan sebab ada sharing dari lecturer2, student yang dapat 4flat pon nak sambung degree kos biasa pon xlepas tau. tapi inshaAllah 1st, pointer tu penting, lepas tu doa le bbnyak, iA noleh dapat.

      2) KKM sekarang dah ad student sendiri, so macam limited sikit la kot tempatnya. pasal2 kerja sy xkomfemkan sangat :P

      3) next post sy share psal peluang pekerjaan untuk kos ni oke :D banyak je sebenarnya, xtumpu kat hospital je, jadi under insurans pon boleh. staytuned ye

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. saya sedang ambil diploma sains. boleh ke sye amik ijazah sarjana muda teknologi makmal perubtn? sye tgah dlm dilema nk smbung degree ap? kos ni peluang pekerjaan tnggi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak salah sy, boleh je sebab dip sains tu general kan..atau awak boleh cari lagi kos2 lain under sains kesihatan, banyak je lagi. psal tinggi ke tak peluang tu sy xsure. tapi nnti iA sy akan share psal peluang pekerjaan untuk kos ni, awk baca ye nnti ;)

      Delete
  14. PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR MENJADI MAHASISWA DAN MAHASISWI DI FAKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS HAYAT UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL) AMBILAN 2017 TELAH DIBUKA SEKARANG
    LANCARKAN IMPIAN......MENJADI MAHASISWA & MAHASISWI UNISEL

    PROMOSI MENARIK KURSUS DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA DI JABATAN SAINS KESIHATAN, FAKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS HAYAT:

    1. DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
    2. DIPLOMA FISIOTERAPI
    3. DIPLOMA PENGIMEJAN PERUBATAN
    4. DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN
    5. DIPLOMA KEJURURAWATAN
    6. IJAZAH SARJANA MUDA SAINS MAKMAL PERUBATAN (HONS) SEPENUH MASA
    7. IJAZAH SARJANA MUDA SAINS MAKMAL PERUBATAN (HONS) (PJJ-BAGI YANG TELAH BEKERJA)
    8. IJAZAH SARJANA MUDA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (HONS)

    (DIATAS PERMINTAAN RAMAI PROMOSI PERMOHONAN PENDAFTARAN UNISEL UNTUK PENGAMBILAN PELAJAR SEBAGAI MAHASISWA DAN MAHASISWI UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL) BAGI PROGRAM DIPLOMA DAN SARJANA MUDA UNTUK JANUARI 2017 DAN TAHUN ASAS UNTUK JANUARI 2016 TELAH DIBUKA SEKARANG.

    UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI UNISEL SILA MESEJ SMS @ WHATSAPP @ WECHAT KEPADA EN AM 0176842836 (UNISEL, NAMA PENUH, NOMBOR KAD PENGENALAN DAN EMAIL) BAGI KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA, IJAZAH SARJANA MUDA DAN TAHUN ASAS DI UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL).

    ReplyDelete
  15. Sis, saya nak tanya apa syarat kelayakan lepasan spm utk kos ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tengok dekat web rasmi, lepasan spm kena dapat kepujian dalam biologi/fizik, kimia, math/+math and kena lulus english.
      atau awak boleh try cari web yang awak just masukkan result spm, then dia akan listkan semua kos dalam uitm yang kita layak based on result kita tu. tapi sorry tau, sy dah lupa web ap 😂

      Delete
    2. Oh okay. Thankyou. Wish me luck spm 2k16 ☺ sangat minat nak ambik kos ni😅

      Delete
    3. All the best SPM nanti😉 ĥarapnya sampai lepas spm nanti pon minat la ye, seronok belajar kos ni setakat ni.

      Delete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamakkk,,sorry terdelete awak punya comment. sorry2😌
      kalau uitm, kos ni ada satu tempat je untuk diploma, dekat uitm p.pinang kampus bertam.

      Delete
  17. Kak nk tnya.. Kelayakan untuk course ni minimum berapa? Sya minat course ni.. Tp takut x lepas.. Sya ni average student jer.. X pndai mcm org lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tengok dekat web rasmi, lepasan spm kena dapat kepujian dalam biologi/fizik, kimia, math/+math and kena lulus english.
      atau awak boleh try cari web yang awak just masukkan result spm, then dia akan listkan semua kos dalam uitm yang kita layak based on result kita tu. tapi sorry tau, sy dah lupa web ap 😂
      saya ni pon average student jugak, huhu tapi alhamdulillah, dapat jugak. awak try je mintak, kalau betul2 minat, letak ni 1st choice, inshaAllah, boleh tu.

      Delete
  18. Hi, nak tanya.
    Kalau matriculation modul 2, layak tak masuk MLT?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tengok pada syarat kelayakan, lepasan matrikulasi min 2.75. Gred B dalam 2 subjek inc kimia n gred C dlm 1 subjek lain.

      Delete
  19. Hi, nak tanya.
    Kalau matriculation modul 2, layak tak masuk MLT?

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum kak. saya just nak tanya akak study course ni study dia tough tak ? means yg mcm ulat buku tu ke or mcm relax sikit ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diploma MLT ni tak susah sangat, janji kena banyak membaca and hafal je. Kalau awak jenis senang catch up masa lecture, insyaa Allah boleh pass. Mengira pun sikit je, masa subject biochemistry/chemical pathology.

      Delete
    2. takdela tough sangat. takpayah macam ulat buku wak, akak beljar ni pon, buku pon xbaca tau, google je bnyak ;p relax pon taksangat dia sedang2 je. seronok je sebenarnya

      Delete
  21. Salam... kos ni banyak belajar pasal bio kan ? Ada physic dgn chemistry tak dalam kos ni ? Sbb saya minat bio je. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, samala kita, physics xminat langsung siap dpat c lagi spm tau. chemist pon waktu form 4 xpernah lulus and memang xleh go ngan chemist tpi alhamdulillah, survive aje sekarang ;) memang more to bio tapi nanti ada la sikit2 combination physics chemist tapi takbnyak dont worry.

      Delete
    2. awak nak tnya, cost ni more to sains nd math ker?

      Delete
  22. Hai kak hm nak tanya untuk buat diploma untuk MLT ni kos dia berapa ehh:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau xsilap lebih kurang rm2500 je untuk 5 sem :) kalau awak mintak, uitm bagi elaun makan and zakat jugak so total dua tu actually dah boleh cover balik duit yuran pengajian semua tu tau.

      Delete
  23. Akak nak tanya akak mohon course nie dalam upu eh?.. Ke dkt laman web uitm terus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak mohon dalam upu, ni akak punya pilihan ke-8 :D

      Delete
  24. Course nie berapa tahun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk diploma, 2.5 tahun. 4sem theory, 1semm practical.

      Delete
  25. assalamualaikum, kak.. klau amik course nih, bleh sambung forensic x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. kalau tak silap, boleh je rasanya.

      Delete
  26. assalamualaikum,saya nak tanya boleh ke apply course MLT ni? sbb saya langsung takde bio ngn basic science ,physic ngn chemistry je ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. kalau ikut requirement, lepasan SPM kena dapat at least kepujian untuk
      - Biologi/fizik
      - Kimia
      - Math/ AddMath
      - LULUS english.
      dia nak either bio or physics. since awk ad physis n chemist, so boleh la try mintak :)
      Kawan sy xambik bio pon, tapi alhamdulillah survive je kos ni. cuba je apply dulu, dapat ke tak belakang kira

      Delete
  27. Nak tnya skit course ni byk kira2 tak maklumlah maths is not my type haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kira2, tapi takbanyak. 1subjek je yang kena kira2 kalau taksilap, itu pon macam 1 chapter je.
      course ni takminat math xpe, tapi sains takleh la kalau takminat tau, hehehe

      Delete
  28. hi. saya tak ambil bio masa spm tapi bila cek kelayakan course saya layak ambil dip pengimejan perubatan ni. saya nak tanya course ni tak bermain dengan bio ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi dik, sorry tau lambat reply.
      boleh je takambik bio, sebab kelayakan dia memang either biology or physics. course ni sangat berkait dengan bio, semua subjek mesti ada elemen2 bio. kalau kat sekolah belajar yang basic biology, nanti course ni dia detailkan lagi.
      tapi ppost akak ni bukan pasal dip PENGIMEJAN perubatan tau, akak share pasal dip MAKMAL perubatan. tapi basically dua2 ni under fakulti health sc, so takjauh sangat pon menyimpang :D

      Delete
  29. Hye.. =) nk tanye.. Persaingan tinggi tak? Sbb result saya takde la gempak mana tapi tengok syarat lepas.. And satu lagi.. Ade tak yg fed up tengah jalan 😅 kot la tak boleh nk further..ok thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye :) sorry tau lambat reply.
      1) persaingan, yes ofkos tinggi. budak2 zaman skrang semua pepandai kan 😅 tapi inshaAllah, ada je tempat untuk awak kalau awak betul2 nak.
      2) kalau akak punya batch, takde plak yang fed up. semua habiskan dengan jayanya. boleh je further, course ni tak heavy mana pon. dia banyak praktikal, means awak belajar teori then awak buat benda tu so macam lagi best la belajar and terbukti apa yang kita belajar tu bukan teori semata.

      Delete
  30. assalam kak. agak2 laa kan sesuai tak utk saya ambik course ni? saya jenis minat to human and science. antara fizik/bio/kimia, saya lebih minat bio tapi bab menghafal saya kurang sikit tapi spm alhamdulillah bio sy credit. mintak pendapat akak sikit hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam dik, sorry tau lambat reply.
      bagi akak, awak sesuai je nak ambik course ni sebab kita macam sama je, hehehe. akak pon takminat jugak bab2 menghafal ni, tapi setakat ni, dengan menghafal jela akak boleh survive dlam exam 😆 course ni banyak hands on, so lagi senang nak ingat kot kan kalau kita buat benda tu instead of just belajar teori.
      Akak taknak jadi penyebab awak salah pilih course, tapi awak boleh la try letak course ni dalam pilihan upu awak, doa2 bebanyak, kalau dapat, try belajar sampai jatuh cinta ngan course ni tau, hihihi

      Delete
    2. oh terima kasih akak. tapi dalam upu tak layak pun, tapi saya mohon je sbb mmg nak sangat course ni hehe

      Delete
  31. Assalammualaikum akak,saya nak tanya kalau result sains tulen saya x power sgt like Fizik dpt c+ ,kimia D ,Biologi C boleh mohon x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam.
      eh eh kita sama la result fizik. akak pon c+ gak dulu huhu.
      akak baru google tadi, kepujian tu means C dan keatas. and kelayakan untuk kos ni kena
      at least kepujian untuk
      - Biologi/fizik
      - Kimia
      - Math/ AddMath
      akak taksure sangat sebab chemist awak D. tapi kalau awak betul nak and rasa minat, letak je this course as 1st or 2nd choice. inshaAllah kalau ad rezeki tersangkut la tu😉

      Delete
  32. assalam sis. boleh x sis share subjek yg dipelajari mse awl2 sem 1 dulu?atau pun share je contoh subjek yg sis belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa sem satu, akak belajar
      1. ANATOMY AND PHYSIOLOGY.- ini pasal human body structure, system2 yang ada dalam badan manusia secara lebih detail, cell2 yang ada dalam badan and etc.
      2. MEDICAL LAB TECH PRINCIPLE N PRATICES.- ini more tu ada apa dalam lab. since baru 1st sem, so pengenalan je sikit2 pasal barang2 yang soon to be used dalam course ni.
      3- HISTOLOGICAL TECHNIQUES - ini pasal tisu badan. sebab hati manusia takde yang sudi nak derma untuk dijahanamkan oleh student, so practices guna hati ayam pbeli kat psar je dulu. ni belajar la part mana nak potong, cemane nak proses semua sampai dapat observe structure yang sekecik2 nya tu.

      ada lagi subjek english, agama, and kokurikulum. rasanya yang takyah di explain kot 😅 ini untuk sem 1 je tau. sem lain, macam malas pulek nak tulis
      tapi, setiap batch maybe akan ada penambahan, pengurangan atau kelainan sikit tentang apa yang akak diajar. tapi sikit jela, takbnyak.

      Delete
    2. boleh tengok komen bawah untuk sem2 seterusnya. akak briefly explain pasal subjek. tapi briefly je la. macam scary, tapi rilek2 je sebanrnya.

      Delete
  33. assalam sis.boleh xsis share subjek ape yang belajar mse awal sem1 dulu?ataupun sis share je subjek ape yg sis pernah blajar dlm course ni...thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam dik. untuk sem 1, awak boleh tengok komen atas, akak baru reply, hihi.
      untuk sem2 lain, ada belajar subjek
      1. microbe - yang ni ada sem 2 and 3. belajar pasal bacteria, cemane nak beranak pinakkan bacteria tu dalam lab, cemane nak tau nama bacteria tu n etc.
      2. chemical pathology - belajar more to komponen dalam badan mcm glucose, vitamin, ectrolytes2 and etc dlam badan semua. apa effect dia kalau any of this little thing tertinggi or terendah dalam bdan ssorang.
      3. hematology & trafusion medicine - ini dua2 pasal darah. cemane nak derma darah, dalam darah ad apa, penyakit2 darah, cemane nak buat test darah and semua pasal darah.
      4. cytology - ini pasal cell. belajar pasal cancer serviks. cemane nak observe sel caner, cemane rupa cell cancer. lain bentuk lain tempat lain jenis cancer lain penyebab.

      quite confusing and macam menakutkan kan bila akak share cemtu. but dont worry, awk belajar seacara berperingkat which u will be physically and mentally ready for that thing by semester. awk akan diajar by stage, kenal from basic then akan berkembang2 sampai pandai. seronok gila sebenarnya tau.

      Delete
  34. diploma teknolgi makmal perubatan, belajar subjek apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. subjek yang berkaitan BIOLOGY+CHEMIST sikit+PHYSICS lagi sikit. hihihi.
      ada belajar pasal blood, body system, machine, safety, kuman, bacteria, cell and memacam campuran2 and lebih detail tentang apa yang dah belajar time sains sekolah.
      akak harap ni menjawab la ye, hehe. boleh refer komen atas2, kot2 la membantu.

      Delete
  35. Emm ade orng cakap kalau ambik tmp ni kene belajar addmath balik betol ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. takbetul 😝 akak taksure kalau degree, tapi diploma takde kena kira2 sangat pon.
      akak punya basic math ni, terus jahanam tau lepas ambik kos ni sebab tak de nak kena kira2 sangat pon, huhuhu.
      bagi rm5 ringgit untuk makanan rm2.50 pon akak macam pasrah je dapat baki berapa ringgit pon, haih.

      Delete
  36. kak, nak tanya...saya baru nak isi upu, diploma ni bawah bidang 'kesihatan dan kebajikan' atau 'sains, matematik dan komputer'?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sains kesihatan :) sains kesihatan ada banyak jenis, and dip makmal perubatan ni salah satu daripada banyak2 tu.

      Delete
  37. asslm akak .. sya semak kelayakan sya dkat upu and course ni saya layak alhmdulllh . nak letak course ni kat bidang 2 .. tp mslhnya sya takut .. bdg ni msi d prlukn tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam.
      alamak, akak taksure sangat pasal kekosongan pekerjaan ni.
      kalau takut, utamakn course lain dulu, then letak course ni dekat pilihan bawah2 😁 pilih elok2 ye dik

      Delete
  38. Akak, saya apply untuk course ni tapi pilihan yang ke-7. Sebenarnya, I have no idea what this course is all about until I actually read your blog and I must say that I am deeply interested!

    Result spm saya nak kata gempak tu takdela sangat. I only got As for BM (A+), BI and PI. Untuk Bio and Math dpt B. Physic and Chemistry pulak I got C.

    Saya ni memang minat sangat2 dekat Bio because I love learning new things and terms, it's exciting. Especially when it's about cells and bacterias and stuffs like that. And saya pun suka buat eksperimen.

    My question is, akak rasa saya layak tak dapat course ni sebab Physic and Chemist saya C and saya letak course ni dlm pilihan ke-7.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay, berjaya buat orang jatuh cinta ngan course ni. hahaha
      akak upu dulu letak course ni pilihan ke-8 tau, hehe. yang 1-7 semua letak asasi sebab dulu nak sangat asasi konon nak cepat habis belajar walaupun sedar tak layak snce i just got 6A for my spm.

      kalau bagi akak la kan, semua layak, hahah but taktau la system buat keje cane yang boleh approve pilihan2 student ni. dah terlambat ke nak tukar upu punya permohonan? if still boleh tukar, tukar la sikit but if cannot banyak2 berdoa je la. mintak yang terbaik. since doesn't mean kita minat ni, this is the best for us kan :) sorry akak tak dapat nak membantu sangat 👉👈

      Delete
  39. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  40. Assalam akak . Sy nk tnya .. sy student pure sains tpi result bru2 ni sy just dpt bio C and kimia fizik D .. addmth gagal .. so boleh ke mohon course ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelayakan untuk course ni, at least kena kepujian (C keatas) untuk;
      - Biologi
      - Math/ AddMath/fizik
      - Kimia

      Based on kelayakan yang dorang dh tetapkan, tak cukup tu TAPI kalau awak betul2 minat, nak and rasa mampu untuk ambik course ni, try je apply. letak pilihan yang atas2. tapi kalau berbelah bahagi, cuba cari lagi course2 lain.

      Course ni under sains kesihatan, kalau awak memang nak ambik sains kesiahatan, cuba cari lain2 kos yang under health science ni sebab macam2 kos sebenarnya ad under fakulti health science.
      :)

      Delete
  41. kak,senang tk nk bersaing nk dpt tempat masuk degree tu?

    ReplyDelete
  42. Sis patut saya masuk matrik ka ataupun msuk dip MLT

    ReplyDelete
  43. Sis, sy dpt matrik modul 2, means xde bio? Boleh smbung tak kos ni bila degree

    ReplyDelete
  44. Hai akak, saya lepasan matrikulasi... berminat nk further study dlm bidang ni.. tapi saya takut tak dpt kerja la kak😭

    ReplyDelete
  45. akak , kalau nak ambik course ni akak prefer ambik dip terus ke matriks dulu??? yg mana biasanya hospital terus terima kerja kalau apply?? mohon pencerahan thank you kak

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum kak, nak minta nombor / email boleh? Untuk lebih senang nak tanya soalan tentang mlt

    ReplyDelete
  47. Akak, nak tanya, kalau nak sambung pelajaran selepas degree kat luar negara......Ade apa2 syarat tak?

    ReplyDelete
  48. Nak tanya kalau ambik course ni boleh sambung forensics tak?

    ReplyDelete
  49. Akak sekarang kerja kat mana

    ReplyDelete
  50. akakkkkk kos ni busy tak?? i mean bnyk sngt keje nk buat ke?? ada busy mcm doc tak??

    ReplyDelete
  51. akak saya tk ambik pure sains bole ke ambik course ni tpi saya minat bidang ni
    susahke saya nk catch up semua nnt ?

    ReplyDelete
  52. Akak , saya nak tanya, bole ke dari matrik pastu saya sambung course ni untuk degree?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hii saya tolong reply ya. jawapannya boleh. kat unikl pun ada course ni which is Bachelor of Biomedical Science di UniKL MeSTech For further info, boleh tgk sini http://www.unikl.edu.my

      Delete
  53. hi, saya nak tanya kalau ambik diploma ni boleh sambung degree bioperubatan tak?

    ReplyDelete
  54. Hai tumpang tanya kalau ambik degree mlt ni boleh sambung ambik degree perubatan tak?

    ReplyDelete
  55. Assalam akak, saya dpt twrn MLK nih, saya nk tnya kan diploma nih 3 thun.. contoh kalau sya punya pointer mntap. Untuk degree nnti boleh transfer credit supya masa degree tak jadik makin lama

    ReplyDelete
  56. Belajar course MLT kat uitm, guna bahasa inggeris ke bahasa melayu yer?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BRACES

ASSALAMUALAIKUM, well previous post macam more to cerita pasal universiti, kalini rasa macam nak cerita pasal braces. i used to wear braces for about 3years kot, but now no more besi but still 'in treatment' and rasanya will be in this situation sepanjang hayat rasanya. hihi. what kind of 'treatment'?? 'treatment' yang mana setiap malam, sebelum tido, iols wajib pakai retainer. kalau tak, gigi akan bergerak sikit sikit lama lama bersepah balik mcam dulu. and disebabkan i is noob and skema, so retainer IS THE MOST IMPORTANT THING NOW yang kena ada and bawak bila nak bmalam mana2. kalau tak, even retainer tu tertinggal 4 hours away pon, aku rasa nakkkk je balik and the holiday wont be fun anymore le. haa nampak tak precious nya retainer tu untuk i, hehe.  Ini based on my experience la tau. Sebelum pakai braces, memang gigih la duk google, tengok video pasal braces ni. Dari dorang start terpikir nak pakai braces sampai la dah cabut braces.  FAKTA YANG AWAK

UiTM BERTAM

pernah dengar ke BERTAM?? kalau akak tak dapat uitm bertam ni, akak rasa sampai bila-bila pon tak tau ada bertam kat malaysia ni. Yang paling sadisnya, nak habaq mai, orang penang senirik pon senanya taktau ada uitm tau kat BERTAM nih.... hakak taktau la nak cakap cemana, sendu sungguh na BERTAM ni. tapi tapi tapi, SEBENARNYA BERTAM NI OKE JAA. kawasan yang sedang membangun, takdela ceruk sangat, senang je nak access kemana mana. makcik jangan risau ya, anak makcik selamat, hiks.  MALAYSIA ---> PULAU PINANG --->SEBERANG PERAI(U)--->  KEPALA BATAS ---> BERTAM haaa, paham ke idok? kalau taksilap, cenggitu la kot flow nya. so basically, BERTAM ni dekat PENANG. haaaaa, satgi jadi oghang utagha la hampa kalau dapat tawaran belajaq kat BERTAM nihh.  toksah bimbang, toksah takut. BERTAM NI TERBHOIK tempatnya sebab ni memang tempat yang buat awak no choice selain kena belajar.  eheheh. Bertam oke je, as MyDIN, Sunshine(ad wayang uolsss), kedai makan boleh tahan banyak,